Ini Satu Kisah

Sunday, October 26, 2008

Sketsa Cinta 1 by Nina

"Shah, tunggu!" laung Damia.Shahril lantas berpaling, Damia berlari anak ke arah Shahril.
"Shah, Mia cinta Shah,"luah Damia.Dan seperti dua tahun sebelumnya, tepukan gemuruh kedengaran apabila terluah ayat " Mia cinta Shah".Setiap kali Valentine menjelma ayat inilah yang selalu bermain di bibir pelajar-pelajar kolej itu. Apakah tahun hadapan kata " Mia Cinta Shah" akan puput di tiup peserta lain?
Setiap perkara ada hikmahnya.Dari pentas lakonan terbitnya rasa cinta dua lelaki seorang wanita, siapakah yang harus berkorban dan siapakah yang akan terkorban?Kehidupan di kampus yang penuh warna-warni ini di abadikan di dalam :
SkEtSa CiNTa

"Cinta satu pengorbanan,
antara kita pasti ada yang
berkorban, namun segalanya
tak penting lagi, jika kita
sudah senada."-Nina
"Cinta itu panggilan suci,
jika kita sudah sejiwa,
mari sahuti panggilan itu,
bersama."- Nazrin
"Cinta memeritkan, jadi izinkan
aku menarik diri dari permainan
ini."-Syazrin




Faez, Firdaus dan Alia mulai menyedari perubahan pada tingkahlaku Nazrin terutamanya bila bersama Nina.Namun mereka gusar bagaimana kisah cinta tiga segi di hadapan mereka akan berakhir. Seorang pun tak pasti dengan segalanya, bilakah cerita ini bermula? Mereka tahu di hadapan mereka sedang berlangsungnya perlawanan cinta. Mampukah Ayuni memenangi hati Nazrin atau Nazrin masih mencurahkan cintanya pada Nina? Alia mengeluh.
" Kenapa Lia?" tanya Faez apabila terdengar keluhan pujaan hatinya itu. Serta-merta 5 pasang mata tertumpu pada Alia.
" Korang pandang aku macam tu, rasa cam artis pun ada," seloroh Alia.Ketawa memecah. Faez memahami, Alia pasti memikirkan tentang Nazrin, Nina, Syazrin dan Ayuni.
“Eh, korang tak bosan ke tiap-tiap tahun Mia Cinta Shah jer.Aku cam dah terbosan la...” adu Ayuni.Seperti biasa dia duduk disebelah Nazrin.Nina seolah-olah tenggelam dalam khayalannya, tidak ambil peduli hal sekeliling.
“Jom kita pecah record Mia Cinta Shah, this year kita kalahkan diorang nak??Aku rasa Prof Sarah sudi tolong kita.Setuju tak?”soal Firdaus kuat.Nina tersentak.
“What??”
“Kau ni, penat aku berkata-kata, kita beat Mia Cinta Shah nak tak cik Nurnina Natrah?” soal Firdaus.Nina tersenyum.
“Aku setuju.Tapi kita berlima cukup ke??”soal Nazrin.
“Assalamualaikum,”sapa Syazrin.Nazrin mengangkat tangan.Syazrin tersenyum manis sebelum duduk di sebelah Nina.
“Wa’alaikumusalam.”
“Nat sihat??”soal Syazrin.Nina hanya mengangguk.Syazrin Nazmie, pelajar jurusan perubatan, juga pemegang watak Shahril bersama Damia Qistina dalam sketsa ‘Mia Cinta Shah’ merupakan antara pelajar dalam kategori kacak dan romantis.Kini dia berpasangan dengan Nurnina Natrah, puteri jurusan Kejuruteraan Awam, atau lebih dikenali dengan nama Architecture.Ada juga ura-ura mengatakan lelaki terhangat itu kini berpacaran dengan pelakon wanita utama sketsa ‘Mia Cinta Shah’, kebenarannya, hanya tuan empunya badan lebih mengetahui.
“Naz, malam ni papa suruh balik, ada hal family,”pesan Syazrin kepada kembarnya.Nazrin hanya mengangguk.Wajahnya agak muram.Nazrin Syazwan pelajar terbaik jurusan Peagaturcaraan Komputer, juga merupakan pelajar terkacak di kolej itu.Desas-desus mengatakan Nazrin merupakan seorang playboy hanyalah jauh panggang dari api, kerana hanya mereka yang mengenali siapa Nazrin Syazwan mengetahui hakikat sebenar. Dan dalam senyap dia mulai jatuh cinta pada gadis yang di cintai adik kembarnya.Nazrin kebingungan, adakah dia perlu menyimpan rasa itu sedalam-dalamnya?
“Korang bincang apa ni??”soal Syazrin berminat.Faez pantas menjawab
“Pasal sketsa Valentine, kitaorang nak masuk.”Syazrin ketawa.
“Sorry, but seriously you guys think you guys can beat Mia and Shah?”soal Syazrin secara halus.
“Well, Mr. Shahril, selagi tak di cuba, tiada siapa yang tahu.”balas Faez dengan kepetahannya bercakap.Danish Faez, pelajar jurusan perundangan yang menduduki carta Dekan setiap tahun tidak kurang hebatnya.Segala lontaran ideanya boleh diterima pakai walaupun dalam keadaan terdesak.Sifat tenang dan penyabarnya menyebabkan dia secara tidak langsung berupaya mengawal keadaan ketika demonstrasi menentang Majlis Perwakilan Pelajar tidak lama dahulu.Syazrin tersenyum sinis.
“So you guys seriously want to beat Mia and Shah? Well, I would like to see it coming truth.Okeylah Nat.Syaz kena pergi practice.Love you.”Firdaus Affendi mulai mempamerkan reaksi tak senang.
“Hey, Syazrin, remember, best team wins!”Jerit Firdaus dari jauh. Nina hanya membisu.
“Nina, takkan kau nak biar je Syazrin perlekehkan kita?”soal Ayuni.Nina tersenyum manis.Mereka berlima mengerti erti senyuman itu.
“What do you have in mind, cik Nurnina Natrah?” soal Faez. Nina masih dengan senyumannya, matanya mengerling kearah Nazrin yang sedang berkhayal. Bahu jejaka tampan itu di singgul.
“Kita akan beat Mia Cinta Shah!”laung jejaka itu. Mereka ketawa melihat aksi spontan Nazrin.
“Yup!Tahun ni Mia Cinta Shah bukan lagi juara sketsa Valentine, tapi kita!”laung mereka bersemangat dan akhirnya tawa mereka pecah.
****************************************************************************
"Nat, kenapa you masuk juga this competition?"soal Syazrin pada suatu petang.Nina memandang pelik ke arah Syazrin.
"Why?Salah ke kalau I masuk?Lagipun this is an open competition Encik Syazrin Nazmie."
"Okey,okey, I'm sorry.It's just that..."
"Syaz are thinking that I'm gonna forget you?Syaz, kalau Syaz busy dengan your sketsa, tak salahkan Nat pun busy dengan sketsa Nat.Lagipun kitaorang masuk just for fun,"pujuk Nina.Jam di tangan dikerling.Syazrin ikut sama berbuat demikian.
"Ermm...I ada kelas.I pergi dulu ya,"pinta Nina.Syazrin tersenyum.
"Nat, can I have a kiss?" minta Syazrin sambil menunjuk pipinya.Nina mencebik.
"Syaz!Dahla layan Syaz, tak sampai jugak ke kelas,"